29032024

最后更新12:00:00 上午

Back 商会资讯 Latest Update 商会资讯 其他活动 OTHER EVENTS SESI PENERANGAN MENGENAI PENGUATKUASAAN PRODUK BARU DI BAWAH PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI IMPORT)

SESI PENERANGAN MENGENAI PENGUATKUASAAN PRODUK BARU DI BAWAH PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI IMPORT)

  • PDF
kccci seminar 350

Perintah Larangan Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) (No.3) 2013 bagi Bahan Binaan telah diwartakan pada 18 November 2013 dan akan berkuatkuasa pada 31 Januari 2014. Hasil daripada penguatkuasaan ini, mana-mana pengimport yang berhasrat membawa masuk produk-produk di bawah Jadual 4 ke negara ini perlu mendapatkan Sijil Kelulusan atau Certificate of Approval (COA) yang dikeluarkan oleh agensi Kerajaan yang berkaitan. 
 
2.  Sehubungan itu, beberapa Sesi Penerangan mengenai penguatkuasaan produk binaan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) akan diadakan di seluruh negara bagi memberikan pendedahan berkenaan proses-proses yang terlibat apabila produk ini mula dikuatkuasakan kelak. Sesi penerangan bagi Sabah dan Sarawak akan diadakan seperti ketetapan-ketetapan berikut : 
 
SABAH 
Tarikh     :        20 Januari 2014 (Isnin) 
Masa      :        8.30 pagi - 12.30 tengahari 
Tempat   :        Bilik Gunasama, Auditorium Sabah, 
                        Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, 
                        P.O Box 2063, Jal UMS, 
88400 Kota Kinabalu, Sabah
 
SARAWAK 
Tarikh        :        22 Januari 2014 (Rabu) 
Masa         :        8.30 pagi - 12.30 tengahari 
Tempat      :        Dewan Malaysian Productivity Corporation, 
Lot 894, Lorong Demak Laut 3A 
Taman Perindustrian Demak Laut 
93050 Kuching, Sarawak 
 
3.        Bersama-sama ini dilampirkan brosur taklimat serta borang pendaftaran seminar bagi tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Dipohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/ Tuan/Puan juga untuk mencalonkan sekurang-kurangnya dua orang wakil dan mengemukakan pengesahan kehadiran kepada 该E-mail地址已受到防止垃圾邮件机器人的保护,您必须启用浏览器的Java Script才能看到。 atau 该E-mail地址已受到防止垃圾邮件机器人的保护,您必须启用浏览器的Java Script才能看到。 selewat-lewatnya pada  16 Januari 2013. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn Nurul Aini Ramly di talian 03 6200 0251 atau Cik Sarah Izzati Seeni Mohamed di 03 6200 0256. 
 
Sekian, terima kasih. 
Attachments:
Download this file (BROCHURE FOR ROADSHOW.pdf)BROCHURE FOR ROADSHOW.pdf[ ]165 Kb
Download this file (REGISTRATION FOR ROADSHOW.pdf)REGISTRATION FOR ROADSHOW.pdf[ ]142 Kb