凝聚华商 . 推广科技 . 大胆创新 . 提高竟争力

  • Klang, Selangor, Malaysia
  • +603-3358 7851

OTHER ACTIVITIES

KEJADIAN KES MALARIA IMPORT DALAM KALANGAN PEKERJA WARGANEGARA MALAYSIA YANG KEMBALI DARI NEGARA ENDEMIK MALARIA

There is no translation available.

kccci seminar

YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
 
KEJADIAN KES MALARIA IMPORT DALAM KALANGAN PEKERJA WARGANEGARA MALAYSIA YANG KEMBALI DARI NEGARA ENDEMIK MALARIA
 
Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian pihak YBhg. Tan Sri/
Dato' Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Untuk makluman pihak YBhg. Tan Sri/Dato'
Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah merekodkan sejumlah 196 kes malaria import yang berlaku dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia yang kembali dari negara-negara endemik malaria sepanjang tahun 2015 (senarai negara-negara endemik malaria adalah seperti di Lampiran 2). Pekerja-pekerja tersebut bekerja dalam pelbagai sektor
terutama sektor pembalakan, pembinaan dan perladangan yang melibatkan projek kendalian syarikat-syarikat swasta yang berdaftar di Malaysia.
 
3.         Sehubungan dengan itu, sebagai langkah berjaga-jaga, pihak YBhg.
Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan diminta untuk memaklumkan fenomena kejadian kes malaria import ini kepada ahli-ahli di bawah persatuan dan naungan pihak YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan yang menghantar pekerja-pekerja bekerja di negara-negara endemik malaria. Syarikat-syarikat tersebut diminta untuk memastikan para pekerja diberi perlindungan bagi mencegah kejadian jangkitan malaria semasa mereka bekerja di negara-negara endemik malaria dan juga sekembalinya mereka ke Malaysia. Ringkasan langkah-langkah pencegahan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti di Lampiran 3.
 
4.         Bersama-sama ini turut dilampirkan Management Guidelines of Malaria in Malaysia yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/ Datuk/Dato'/Tuan/Puan selanjutnya seperti di Lampiran 4.
 
Perhatian pihak YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Attachments:
Download this file (Lampiran_201675.zip)Lampiran_201675.zip[ ]3031 kB