SESI PENERANGAN MENGENAI PENGUATKUASAAN PRODUK BARU DI BAWAH PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI IMPORT)
其它活动

Perintah Larangan Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) (No.3) 2013 bagi Bahan Binaan telah diwartakan pada 18 November 2013 dan akan berkuatkuasa pada 31 Januari 2014. Hasil daripada penguatkuasaan ini, mana-mana pengimport yang berhasrat membawa masuk produk-produk di bawah Jadual 4 ke negara ini perlu mendapatkan Sijil Kelulusan atau Certificate of Approval (COA) yang dikeluarkan oleh agensi Kerajaan yang berkaitan.
2. Sehubungan itu, beberapa Sesi Penerangan mengenai penguatkuasaan produk binaan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) akan diadakan di seluruh negara bagi memberikan pendedahan berkenaan proses-proses yang terlibat apabila produk ini mula dikuatkuasakan kelak. Sesi penerangan bagi Sabah dan Sarawak akan diadakan seperti ketetapan-ketetapan berikut :
SABAH
Tarikh : 20 Januari 2014 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Gunasama, Auditorium Sabah,
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah,
P.O Box 2063, Jal UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah
SARAWAK
Tarikh : 22 Januari 2014 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Malaysian Productivity Corporation,
Lot 894, Lorong Demak Laut 3A
Taman Perindustrian Demak Laut
93050 Kuching, Sarawak
3. Bersama-sama ini dilampirkan brosur taklimat serta borang pendaftaran seminar bagi tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Dipohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/ Tuan/Puan juga untuk mencalonkan sekurang-kurangnya dua orang wakil dan mengemukakan pengesahan kehadiran kepada 该邮件地址已受到反垃圾邮件插件保护。要显示它需要在浏览器中启用 JavaScript。 atau 该邮件地址已受到反垃圾邮件插件保护。要显示它需要在浏览器中启用 JavaScript。 selewat-lewatnya pada 16 Januari 2013. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn Nurul Aini Ramly di talian 03 6200 0251 atau Cik Sarah Izzati Seeni Mohamed di 03 6200 0256.
Sekian, terima kasih.