SKIM DISKAUN CANTAS

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memperkenalkan pemotong sawit bermotor dikenali sebagai Cantas TM yang digunakan untuk menuai tandan sawit dan memotong pelepah sawit dan terbukti amat berkesan meningkatkan keberkesanan penuaian. Teknologi ini telah dipatenkan di Malaysia (MY-127947-A & MY 06-01022), Indonesia, Thailand, Brazil, Colombia dan Costa Rica.
Kebaikan Cantas TM Berbanding Kaedah Manual
Perbandingan keupayaan seorang pekerja manuai sawit menggunakan galah sabit secara manual dan menggunakan Cantas TM
Keterangan Manual Cantas TM
Masa bekerja sehari (jam) 7 7
Purata tuaian dalam 1 jam (bilangan tandan) 50 75
Hasil tuaian sehari (bilangan tandan) 350 525
Nota: Dengan Cantas TM, masa bekerja boleh dilanjutkan sehingga 10 jam.
Bagi menggalakan penggunaan Cantas TM dikalangan pekebun kecil dan syarikat perladangan sawit, kerajaan telah menyediakan Skim Diskaun Cantas TM (SKIDIC) iaitu diskaun bernilai RM 1,000 bagi setiap unit Cantas TM yang dibeli. Pekebun kecil, kontraktor atau individu yang mengambil upah menuai di ladang pekegun kecil sawit dan syarikat perladangan / estet adalah digalakkan dan diberi keutamaan unutk memohon bagi mendapatkan bantuan di bawah skim ini. (Sila rujuk kepada lampiran)